Bagaimana membuat keuntungan dengan pinjaman peribadi melalui Simpanan ASB
Pinjaman peribadi secara amnya ialah untuk membiayai kewangan peribadi atau menyelesaikan
masalah kewangan anda. Ada diantara pemohon kewangan ini menganggap pinjaman peribadi
adalah satu langkah penyelesaian yang mudah untuk menyelesaikan masalah bebanan
kewangan.
Kebanyakan juga membuat pinjaman tanpa membuat perancangan terperinci seperti perancangan untuk menyimpan atau melabur daripada sebahagian pinjaman tersebut.
Perangkaan tahun 2011 menyatakan bahawa jumlah rakyat Malaysia yang muflis
ialah sebanyak 19,167 orang.
Dengan mengambil tanggungjawab sosial, saya ingin mengesyorkan kepada anda
yang ingin memohon pinjaman peribadi agar membuat perancangan terlebih dahulu sebelum memohon pinjaman.
Antara cara yang biasa saya cadangkan kepada pelanggan saya ialah,
menyimpan atau melabur sebahagian daripada jumlah pinjaman yang di perolehi di
Amanah Saham Bumiputra (ASB) untuk menampung kadar cas pinjaman yang di
kenakan.
Seperti sedia maklum, banyak antara organisasi kewangan menawarkan perkhidmatan
pelaburan. Sebagai permulaan yang mudah, selamat dan di jamin oleh kerajaan. ASB
merupakan instrumen pelaburan yang sangat dipercayai memberikan pulangan
(dividen) yang agak lumayan.
Disini saya ingin ingin berkongsi bagaimana pembiayaan peribadi yang
mengenakan kadar cas pinjaman tertentu digunakan untuk melabur dengan menjana
keuntungan melalui dividen justeru dapat mengurangkan bebanan cas kewangan yang
dikenakan oleh institusi pinjaman kewangan.
Contoh 1 (Kadar Jangka Panjang):
Pinjaman MBSB RM 100K
|
|||
·
Pinjaman Peribadi MBSB
|
RM100,000
|
=
|
RM100,000
|
·
Cas kadar pinjaman (%)
|
3.99 %
|
=
|
3.99 %
|
·
Tempoh Pembiayaan
|
20 tahun x 12 bulan
|
=
|
240 bulan
|
·
Jumlah kadar cas pinjaman 1 tahun
|
RM100,000 x 3.99%
|
=
|
RM3,990
|
·
Jumlah kadar cas pinjaman 20
tahun
|
RM3,990 x 20 tahun
|
=
|
RM79,800
|
·
Jumlah keseluruhan pinjaman 20 tahun
|
(RM100,000 + RM79800)
|
=
|
RM179, 800
|
·
Ansuran bulanan
|
RM179,800 ÷ 240
bulan
|
=
|
RM749.17
|
Pelaburan ASB RM28K
|
|||
· Pelaburan
|
RM28,000
|
=
|
RM28,000
|
·
Anggaran
dividen ASB
|
7 %
|
=
|
7 %
|
·
Jumlah
dividen 1 tahun
|
RM 28,000 x 7%
|
=
|
RM1,960
|
·
Jumlah dividen 20 tahun (Jika tidak dikeluarkan)
|
Sila rujuk jadual pelaburan ASB
dibawah
|
=
|
RM 80,351.16
|
·
Jumlah
dividen 20 tahun + Jumlah Pelaburan
|
RM28,000 +
RM80,351.16
|
=
|
108,351.16
|
Daripada segi lojiknya dan pengiraan yang telah saya lakukan, jumlah dividen yang diperolehi daripada pelaburan ASB adalah melebihi daripada jumlah kadar cas pinjaman untuk 20 tahun. Ini bermakna anda hanya akan membayar jumlah pinjaman yang anda pinjam sahaja dan segala kadar cas pinjaman atau interest yang di kenakan akan ditampung oleh keuntungan hasil pelaburan yang telah dibuat.
Lihat rajah di bawah;
Pelaburan ASB
|
Pinjaman MBSB
|
|||
Pelaburan ASB: RM28K
|
vs
|
Pinjaman MBSB: RM100K
|
=
|
RM72,000
|
Anggaran dividen ASB: 7%
|
vs
|
Kadar cas pinjaman: 3.99%
|
=
|
3.01%
|
Jumlah dividen 20 tahun:
RM 80,351.16
|
vs
|
Kadar cas pinjaman 20 tahun
:RM79,800
|
=
|
RM 551
|
Pengiraan diatas
menunjukkan bagaimana jumlah dividen yang diperolehi selepas 20 tahun dapat
membantu anda menampung jumlah kadar cas pinjaman selama 20 tahun. Selepas 20
tahun, jumlah pelaburan yang anda laburkan (RM28K) masih lagi tidak digunakan. Walau bagaimana pun, setiap kadar cas pinjaman atau interest yang dikenakan tidak sama. Oleh itu, sedikit pengiraan perlu dilakukan supaya jumlah dividen yang anda perolehi dapat menampung kadar cas pinjaman. Pengiraan yang saya tunjukkan hanyalah contoh dengan kadar cas pinjaman serta anggaran dividen semasa.
Jadual Pelaburan ASB
Tahun
|
Pelaburan
|
Dividen 7%
|
Jumlah Pelaburan + Dividen
|
1
|
28,000.00
|
1,960.00
|
29,960.00
|
2
|
29,960.00
|
2,097.20
|
32,057.20
|
3
|
32,057.20
|
2,244.00
|
34,301.20
|
4
|
34,301.20
|
2,401.08
|
36,702.29
|
5
|
36,702.29
|
2,569.16
|
39,271.45
|
6
|
39,271.45
|
2,749.00
|
42,020.45
|
7
|
42,020.45
|
2,941.43
|
44,961.88
|
8
|
44,961.88
|
3,147.33
|
48,109.21
|
9
|
48,109.21
|
3,367.64
|
51,476.86
|
10
|
51,476.86
|
3,603.38
|
55,080.24
|
11
|
55,080.24
|
3,855.62
|
58,935.85
|
12
|
58,935.85
|
4,125.51
|
63,061.36
|
13
|
63,061.36
|
4,414.30
|
67,475.66
|
14
|
67,475.66
|
4,723.30
|
72,198.96
|
15
|
72,198.96
|
5,053.93
|
77,252.88
|
16
|
77,252.88
|
5,407.70
|
82,660.58
|
17
|
82,660.58
|
5,786.24
|
88,446.83
|
18
|
88,446.83
|
6,191.28
|
94,638.10
|
19
|
94,638.10
|
6,624.67
|
101,262.77
|
20
|
101,262.77
|
7,088.39
|
108,351.16
|
Jumlah Dividen
|
80,351.16
|
Dengan cara ini, secara
tidak langsung anda seolah-olah akan menikmati pinjaman daripada institusi
kewangan tanpa dikenakan sebarang cas pinjaman. Setiap yang bercadang untuk mengambil pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan, saya amat mengesyorkan bahawa perlulah di seimbangkan dengan pelaburan. Agar pada jangka masa panjang anda tidak akan sangat terbeban.
Untuk mengetahui lagi tips-tips pinjaman dan pelaburan, sila nantikan pos saya yang seterusnya... J
Bersambung.....
*Semua pengiraan di atas adalah contoh pengiraan mudah dan tidak termasuk dengan potongan-potongan yang di tetapkan oleh pihak MBSB dan dividen daripada ASB adalah anggaran yang mengambil kira dividen semasa.
Untuk maklumat produk dan semakan kelayakan
sila e-mel ke asrulmalek@gmail.com
@
Hubungi saya 012-2925178
http://www.facebook.com/asrultrupal |
No comments:
Post a Comment