Penyelesaian Awal Pinjaman Sewa-beli Kenderaan Menggunakan Pinjaman Peribadi
Kenderaan merupakan satu keperluan untuk memudahkan pergerakan seseorang menjalankan aktiviti seharian. Sebagai salah satu pemudahcara kepada pergerakan harian, kita tidak sepatutnya menyenangkan sesuatu perkara dan menghadapi kesulitan pada perkara yang lain.
Setiap kenderaan seperti kereta akan dibeli mengikut kesesuaian kewangan individu. Tetapi adakalanya pinjaman sewa-beli ini akan menjadi satu bebanan apabila individu terpaksa menanggung kos boleh ubah yang lain seperti petrol, tol, tempat parkir, alat ganti dan sebagainya.
Adakah menguntungkan jika melakukan penyelesaian awal ansuran sewa-beli kenderaan menggunakan pinjaman peribadi?
Maklumat Pembelian Kereta (Pinjaman Bank Tempatan)
| |
Jenis Kenderaan
|
Perodua Alza 1.5L Automatic
|
Jumlah Pinjaman (RM)
|
RM 63,517.00
|
Kadar Keuntungan / Interest (%)
|
4.1%
|
Jumlah tempoh pinjaman
|
9 tahun / 108 bulan
|
Jumlah Keuntungan /Interest (RM)
|
RM 23,437.77
|
Jumlah ansuran bulanan (RM)
|
RM 806 (bulan ke-108 ansuran adalah sebanyak RM 712.77)
|
Jumlah keseluruhan pembayaran
|
RM 86,954.77
|
Tarikh Ansuran
|
Apr 2010 hingga Mac 2019
|
Jumlah pembayaran semasa
|
19344 (RM 806 x 24bulan)
April 2010 - Mac 2012
|
Untuk pengetahuan pembaca, kebiasaannya jika anda membuat penyelesaian awal ansuran kenderaan. Anda berhak mendapat rebat ke atas faedah jika anda memilih untuk menyelesaikan lebih awal baki hutang di bawah perjanjian pinjaman sewa beli. Ini berdasarkan kiraan mengikut formula ‘Peraturan 78’ di mana sebahagian besar daripada faedah dikenakan adalah pada peringkat awal pinjaman.
Pengiraan Rebate
Jumlah Keuntungan Yang Tetapkan x (1 + 2 + 3+ sehingga kepada angka jumlah bulan belum dibayar)
|
( 1 + 2 + 3 + sehingga kepada angka jumlah bulanan ansuran sebenar )
|
RM 23437.77 x 3570
|
5886
|
Kadar Rebate : RM 14, 215.57
|
Pengiraan Jumlah Bayaran Baki
- Jumlah Pinjaman (RM 63,517) + Kadar Untung (RM 23,437.77) - Kadar Rebate (RM 14215.57) = RM 72739.20
- RM 72739.2 – 24bulan x rm806 (Ansuran yang telah di bayar) = RM 53,395.20
Jumlah
Penyelesaian awal Sewa-Beli Kereta ialah RM 53,395.20
Dengan maklumat yang ada, saya bercadang untuk menguruskan Pinjaman sewa-beli kereta dengan membuat pembiyaan peribadi MBSB (New Year Package) dengan kadar semasa yang dikenakan ialah 3.99%. tempoh pinjaman ialah 9 tahun.
Pengiraan Pembiayaan Peribadi MBSB (Pakej New Year)
| |
Penyelesaian awal Sewa-Beli Kereta (RM)
|
RM 53,395
|
Pembiayaan Peribadi MBSB (RM)
|
RM 53,395
|
Kadar Keuntungan (%)
|
3.99%
|
Tempoh pembiayaan (Tahun / Bulan)
|
9 tahun (108 bulan)
|
Jumlah Kadar Keuntungan (RM)
|
RM 19174.15
|
Jumlah Pembiayaan Peribadi MBSB (RM)
|
RM 53,395 + RM 19,174.15 =RM 72,569.15
|
Ansuran bulanan (RM)
|
RM 672
|
Perbezaan Kadar keuntungan (Faedah)
| |
Pinjaman sewa-beli kenderaan (RM)
|
RM 23,437.77
|
Pembiayaan Peribadi MBSB (RM)
|
RM 19,174.15
|
Perbezaan Kadar Keuntungan
|
RM4,263.62
|
Kelebihan
membuat penyelesaian awal.
Perbezaan
kadar keuntungan lebih menguntungkan kerana kadar keuntungan (faedah) dibayar
lebih rendah.
- Jika pinjaman sewa-beli anda perlu membayar faedah RM 23,437.77. Dengan pinjaman peribadi MBSB anda membayar faedah lebih rendah iaitu RM 19,174.15.
Bayaran
bulanan lebih rendah.
- Dengan pinjaman Sewa-beli anda perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM 806, tetapi dengan pembiayaan peribadi MBSB anda hanya membayar ansuran sebanyak RM 672.
Kenderaan
anda sudah menjadi hak milik mutlak.
- Kenderaan anda telah menjadi hak milik kekal anda, bukan lagi milik pihak bank.
Mempunyai
duit bayaran muka untuk kenderaan baru
- Jika ingin menjual kereta untuk membeli kereta yang lain, anda sudah pun mempunyai duit bayaran muka dengan hasil jualan kereta yang lama kerana anda tidak perlu menyelesaikan baki pinjmanan sedia ada. Kebiasaannya baki pinjaman sedia ada akan lebih tinggi daripada harga pasaran kenderaan terpakai.
Bersambung
part 2....nantikan J
Produk-produk MBSB Terkini- Sila Klik
Semak Kelayakan Sekarang!
Untuk maklumat lanjut dan semakan kelayakan
sila e-mel ke asrulmalek@gmail.com
@
Hubungi saya 012-2925178
http://www.facebook.com/asrultrupal |
admin sila kira semula (1 + 2 + 3+ sehingga kepada angka jumlah bulan belum dibayar) -
ReplyDeletemacam salah jer