Susulan Isu Syarat Baru Bank Negara Malaysia
Saya amat setuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh BNM walaupun ianya telah terlewat. Sepatutnya langkah ini dilaksanakan secara berperingkat dan bukan secara mendadak yang memberi kesan ketara kepada pengguna.
Syarat terbaru dengan mengurangkan tempoh pembiayaan ini juga bukanlah sepatutnya dilaksanakan bila hutang isi rumah di Malaysia sudah mencecah 83%. Walaupun sedikit terlewat, saya jangka ia akan memberi perubahan positif daripada sudut kepenggunaan.
Saya juga dapat merasakan langkah dan syarat terkini BNM terhadap pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan ini akan menimbulkan rasa kurang senang pelbagai pihak terutamanya bagi kakitangan awam yang antara majoritinya pelanggan saya yang menggunakan fasiliti pembiayaan peribadi ini.
Walaupun langkah yang diambil bagus untuk memendekkan tempoh pinjaman supaya bebanan hutang tidak berjangka panjang, tetapi Bank Negara perlu mengkaji kadar keuntungan yang dikenakan pihak bank dengan menurunkan kadar interest serta mengkaji kesemua rantaian yang menjadi punca pengguna memohon pinjaman peribadi.
Sepanjang pengamatan saya didalam bidang ini, 5 sebab utama pelanggan saya memohon pinjaman peribadi ialah;
1. Membeli rumah secara tunai dan pengubahsuaian rumah.
2. Modal Perniagaan.
3. Untuk melangsungkan perkahwinan.
4. Masalah Peribadi (Rawatan Kesihatan dan Pengajian anak-anak)
5. Penyelesaian awal kad kredit serta hutang yang lain.
Ini hanyalah pendapat peribadi saya, apa respon anda terhadap isu ini?

Had Tempoh Pinjaman Peribadi (Sumber : Utusan Online)
ekonomi@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 5 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menetapkan
tempoh pinjaman peribadi maksimum dihadkan selama 10 tahun manakala pinjaman
pembelian rumah dihadkan selama 35 tahun.
Sebelum ini, had tempoh pinjaman peribadi ialah 25 tahun manakala pinjaman
pembelian rumah ialah 45 tahun.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata,
langkah itu bertujuan mengekang hutang isi rumah ketika ini berada pada paras
83 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Katanya, paras tersebut adalah yang tertinggi di Asia daripada kalangan
negara-negara ekonomi berkembang pesat. Malah meningkat 12 peratus daripada 70
peratus pada 2009.
Selain memendekkan had tempoh pinjaman peribadi dan pembelian aset,
larangan turut dikenakan bagi menawarkan produk pembiayaan peribadi yang
diluluskan terlebih dahulu.
"Langkah yang berkuatkuasa serta-merta bagi melengkapkan langkah
terdahulu yang dilaksanakan sejak tahun 2010 untuk mengawal perbelanjaan isi
rumah.
"Isi rumah perlu memikirkan kemampuan mereka sebelum berbelanja.
Sebagai contoh, jika tidak mampu membeli rumah, mereka boleh menyewa.
"Malah terdapat pinjaman peribadi dilakukan semata-mata bagi
menanggung kos perkahwinan yang tinggi," katanya kepada pemberita pada
sidang akhbar di sini hari ini.
Bagaimanapun, had bagi tempoh pembiayaan itu tidak melibatkan permohonan
yang dibuat sebelum hari ini.
Langkah ini dilaksanakan menurut seksyen 31(1)(a) Akta Bank Negara
Malaysia 2009 dan terpakai pada semua institusi kewangan yang dikawal selia
oleh BNM, serta koperasi kredit yang di bawah kawal selia Suruhanjaya Koperasi
Malaysia, dan Malaysia Building Society
Bhd. dan AEON Credit Service (M) Bhd.
Sehingga Mac 2013, hutang isi rumah Malaysia berjumlah RM784 bilion yang
mana 44.6 peratus daripadanya merupakan hutang membeli kediaman.
Diikuti hutang membeli kenderaan (17.6 peratus) dan pinjaman peribadi
(16.8 peratus).
Tambah Zeti Akhtar, langkah itu tidak dilihat menjejaskan permintaan
domestik yang selama ini pendorong utama pertumbuhan ekonomi negara.
"Ekonomi negara sepatutnya disokong oleh peningkatan pendapatan
serta kadar pengangguran yang rendah," katanya.
Gabenor itu berkata, perbincangan mengenai had baharu pinjaman tersebut
telah dibincangkan dengan perbankan dan pemberi kredit tempatan, dan mereka
menyokong langkah berkenaan dalam usaha mengawal hutang isi rumah negara.
Bagi menambah baik pengurusan hutang yang bertanggungjawab oleh isi
rumah, BNM akan mempergiat usahanya dalam menyediakan pendidikan kewangan
kepada semua segmen masyarakat, termasuk mereka yang masih muda dan peminjam
kali pertama daripada institusi kewangan.
Di samping itu, rangka kerja perlindungan pengguna akan terus diperkukuh
di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130706/ek_01/Had-tempoh-pinjaman-peribadi#ixzz2YYntv2n7
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment